RSS
Facebook
Twitter

Friday 27 June 2014

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa

Esok dah nak puasa.. Pejam celik pejam celik.. dah sampai semula bulan Ramadan 2014 bersamaan tahun Hijrah 1435. Cepat betul rasa masa berlalu. Credit.. Niat puasa & doa berbuka ni copy dari blog nizarazu

Seronok puasa bulan puasa ni sebab sesama muslim semua puasa sama.. Anak yang 6 tahun pun berhajat nak sama-sama puasa dengan kami. InsyaAllah Semoga dipermudahkan..


Untuk kadar zakat fitrah pula bagi negeri selangor ialah..




Thursday 26 June 2014

Kabinet Dapur Part 1

Salah satu agenda adalah untuk masukkan kabinet dapur dalam skop renovation rumah. Adalah dua tiga kedai yang buat kabinet dapur yang kitorang dah pergi.. Masalahnya pulak aku takde ambik ukuran dapur.. Jadi main agak-agak je lah. Nak ajak orang kedai tu datang ukur pulak, diorang takde orang ukur masa tu. Lesson learn.. Pastikan ada bawa ukuran panjang dan lebar jika nak buat quotation harga.

Operasi kabinet dapur masih belum selesai. Lain kali nak kena bawa ukuran yang dah ambil kat rumah. Sambil tu mencari idea dengan buat design sendiri.. Kot boleh match dengan material yang sesuai kat kedai nanti.






Sunday 22 June 2014

Tinted Cermin Rumah

Projek berikutnya.. Nak tinted cermin rumah sebelum pasang grill. Cadang nak guna tinted kaler hitam.. Tapi lepas diskas dengan wife.. jadi kaler hijau pulak.. Ok lah kot. Plan kononnya nak tinted sendiri, Akhirnya suh orang jugak lah.

Lepas survey kat internet dan blog2.. Ada terjumpa satu kontek ni.. Tint film tu harganya kira-kira RM2.50 per sqft kalau korang rajin nak pasang sendiri.

Tentang orang yang pasang tinted tu., kerjanya cepat dan memuaskan hati. 




Kebaikan cermin tinted ni.. Kalau pasang aircond, cepat sejuk.. Orang dari luar cuma pun nampak refleks bayang je.. Kalau malam, guna langsir supaya orang dari luar tak nampak dalam.. Rumah pun kurang panas kalau pakai tinted film ni, tengok berapa tebal tint film tu.. Ada tinted yang 2, 3, 5 layer dan ntah berapa layer lagi bergantung pada bajet kewangan masing-masing lah..

Tukang tinted ni namanya Simon.. Detail nya ada kat bawah.. Sangat tepati masa.. Bagus..


Saturday 21 June 2014

Ketam Masak Cili / Sambal

Dah lama duk mencari ketam cili, ketam sambal atau spicy chili crab ni.. Kepada yang 'mengidam' nak makan ketam cili atau ketam sambal ni, mungkin boleh cuba try test kat restoran 'Spicy Crab' Kota Kemuning ni..

Memang kena dengan selera lah, ada macam-macam menu ketam kat sini. Kami pun ada cuba 'udang nestum'.. Fuhh sedap!

'Ketam Spicy'

'Udang Nestum' 

Menu ketam


Ada FB jugak



Friday 20 June 2014

Plaster Siling - Part 1

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. LS mulakan blog ni dengan coretan pasal renovation rumah.. Memandangkan rumah yang ditunggu dah pun dapat kunci nya.

Memang pening jugak bila pikir tentang renovation rumah. Walau pun kunci rumah dah lama amik.. Tapi masih belum buat apa2 lagi.. Setakat basuh rumah je lah.

Bebaru ni ada rancangan untuk pasang plaster siling dan pastinya operasi mencari kontraktor pun dimulakan.. Ada quotation dari beberapa kontraktor yang LS dapat.. Akhirnya ada satu kontraktor ni yang jadi pilihan memandangkan harga dan upah yang agak berpatutan dengan bajet.


Cuma pasang 1 kipas dulu sebelum kerja tampal plaster siling mula kat rumah.


Hasil kerja nanti LS akan updated kemudian.. 


Kerja-kerja pemasangan frame untuk board sedang dilakukan.



Frame dan wiring yang dah siap.


Board yang dah pasang. (belum skim lagi)



Dah ada lubang untuk lampu.