RSS
Facebook
Twitter

Monday 14 July 2014

9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam

1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)

Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-panglima perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.

2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )

Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejayaannya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)

Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud.


4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

5. Sa'ad bin Abi Waqqas.

Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. Tariq Bin Ziyad.

Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)

Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. Abdullah bin Aamir.

Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. Amru Bin Ash.

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.


Hari ni dah pun 17 Ramadhan 1435H.. Cuti umum, Cepat betul masa berlalu..
Kebetulan terjumpa pulak info ni kat FB, ringkasan sejarah islam yang sangat menarik. Kena cari dan baca buku untuk lebih detail. Saja tempekkan kat sini untuk info LS jugak. Sebenarnya banyak info dan ilmu yang bermanfaat boleh kita kongsi dan jumpa di internet.

Apa pun.. panglima-panglima islam ni memang hebat. Teringat pulak movie 'Kingdom of Heaven' tentang kisah bagaimana Sultan Salahufin Al-Ayubi, seorang panglima besar yang sangat tawaduk dan zuhud yang berjaya menawan kembali kota konstantinopel.

Credit : Sukan Star TV

Wednesday 2 July 2014

Tutorial: Border & Shadow Pada Gambar

Ini kod yang LS jumpa untuk buatkan gambar kita ada 'border' dan 'shadow', lupa pulak jumpa kat web mana. Ada banyak lagi jenis kod css yang boleh kita jumpa kalau rajin menggoogle. Cuma yang ada kat sini untuk ingatan LS je (orang yang baru belajar). Kalau ada yang nak try sila kan..

Untuk blogger, kena pergi setting dan edit HTML. Kod tu perlu di letak kat mana-mana antara kod <head> </head> macam kat bawah ni;
<head>
.imgBorders {
padding: 10px 10px 10px;
background-color: #FFF;
box-shadow: 0 1px 3px rgba(34, 25, 25, 0.4);
-moz-box-shadow: 0 1px 2px rgba(34,25,25,0.4);
-webkit-box-shadow: 0 1px 3px rgba(34, 25, 25, 0.4);
}
</head>
Kemudian kat ruang untuk tulis pos, buka HTML editor dan pada kod gambar, cuma perlu tambah
img class="imgBorders"
 dalam kod gambar tu. Hasilnya akan jadi macam kat bawah;

Sebelum
Sebelum
Selepas
Selepas

Friday 27 June 2014

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa

Esok dah nak puasa.. Pejam celik pejam celik.. dah sampai semula bulan Ramadan 2014 bersamaan tahun Hijrah 1435. Cepat betul rasa masa berlalu. Credit.. Niat puasa & doa berbuka ni copy dari blog nizarazu

Seronok puasa bulan puasa ni sebab sesama muslim semua puasa sama.. Anak yang 6 tahun pun berhajat nak sama-sama puasa dengan kami. InsyaAllah Semoga dipermudahkan..


Untuk kadar zakat fitrah pula bagi negeri selangor ialah..




Thursday 26 June 2014

Kabinet Dapur Part 1

Salah satu agenda adalah untuk masukkan kabinet dapur dalam skop renovation rumah. Adalah dua tiga kedai yang buat kabinet dapur yang kitorang dah pergi.. Masalahnya pulak aku takde ambik ukuran dapur.. Jadi main agak-agak je lah. Nak ajak orang kedai tu datang ukur pulak, diorang takde orang ukur masa tu. Lesson learn.. Pastikan ada bawa ukuran panjang dan lebar jika nak buat quotation harga.

Operasi kabinet dapur masih belum selesai. Lain kali nak kena bawa ukuran yang dah ambil kat rumah. Sambil tu mencari idea dengan buat design sendiri.. Kot boleh match dengan material yang sesuai kat kedai nanti.






Sunday 22 June 2014

Tinted Cermin Rumah

Projek berikutnya.. Nak tinted cermin rumah sebelum pasang grill. Cadang nak guna tinted kaler hitam.. Tapi lepas diskas dengan wife.. jadi kaler hijau pulak.. Ok lah kot. Plan kononnya nak tinted sendiri, Akhirnya suh orang jugak lah.

Lepas survey kat internet dan blog2.. Ada terjumpa satu kontek ni.. Tint film tu harganya kira-kira RM2.50 per sqft kalau korang rajin nak pasang sendiri.

Tentang orang yang pasang tinted tu., kerjanya cepat dan memuaskan hati. 




Kebaikan cermin tinted ni.. Kalau pasang aircond, cepat sejuk.. Orang dari luar cuma pun nampak refleks bayang je.. Kalau malam, guna langsir supaya orang dari luar tak nampak dalam.. Rumah pun kurang panas kalau pakai tinted film ni, tengok berapa tebal tint film tu.. Ada tinted yang 2, 3, 5 layer dan ntah berapa layer lagi bergantung pada bajet kewangan masing-masing lah..

Tukang tinted ni namanya Simon.. Detail nya ada kat bawah.. Sangat tepati masa.. Bagus..


Saturday 21 June 2014

Ketam Masak Cili / Sambal

Dah lama duk mencari ketam cili, ketam sambal atau spicy chili crab ni.. Kepada yang 'mengidam' nak makan ketam cili atau ketam sambal ni, mungkin boleh cuba try test kat restoran 'Spicy Crab' Kota Kemuning ni..

Memang kena dengan selera lah, ada macam-macam menu ketam kat sini. Kami pun ada cuba 'udang nestum'.. Fuhh sedap!

'Ketam Spicy'

'Udang Nestum' 

Menu ketam


Ada FB jugak



Friday 20 June 2014

Plaster Siling - Part 1

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. LS mulakan blog ni dengan coretan pasal renovation rumah.. Memandangkan rumah yang ditunggu dah pun dapat kunci nya.

Memang pening jugak bila pikir tentang renovation rumah. Walau pun kunci rumah dah lama amik.. Tapi masih belum buat apa2 lagi.. Setakat basuh rumah je lah.

Bebaru ni ada rancangan untuk pasang plaster siling dan pastinya operasi mencari kontraktor pun dimulakan.. Ada quotation dari beberapa kontraktor yang LS dapat.. Akhirnya ada satu kontraktor ni yang jadi pilihan memandangkan harga dan upah yang agak berpatutan dengan bajet.


Cuma pasang 1 kipas dulu sebelum kerja tampal plaster siling mula kat rumah.


Hasil kerja nanti LS akan updated kemudian.. 


Kerja-kerja pemasangan frame untuk board sedang dilakukan.



Frame dan wiring yang dah siap.


Board yang dah pasang. (belum skim lagi)



Dah ada lubang untuk lampu.